Wednesday, August 24, 2011

:)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-
tandanya: 

1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yang haram.
 3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 

1) Merahsiakan ibadahnya 
2) Merahsiakan sedekahnya.
 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


 Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 

1) Takut berlaku dusta dan keji.
 2) Menjauhi kejahatan.
 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

 1) Mengawasi dirinya.
 2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t



ps:tersentuh di hati.:D